BAHASA MELAYU Telefon aku tidak lagi sesibuk dengan bunyi-bunyian pemberitahuan seperti sebelum ini. Setelah dirinya sebagai anjing aku itu dibebaskan seusai sahaja tugasan terakhir pada hari itu, kini tiada lagi mesej darinya yang aku terima. Sesekali aku melihat telefonku, dengan berharap yang mesej darinya muncul namun hampa. " Tak apalah, dia sibuklah tu ", pujukku dalam hati, walaupun aku betul-betul ingin berbual lagi dengannya. Sejak dari itu, sengaja aku menyibukkan diriku dengan menonton filem di komputer ribaku atau menyiapkan tugasan kuliah aku yang bertimbun itu, agar aku tidak terlalu menunggu dia. Namun, ia masih lagi tidak dapat membendungnya. Aku tetap teringat pada dia, malah terngiang-ngiang segar dalam fikiranku beberapa adegan penyiksaan, terutama sekali yang penyiksaan terakhir yang dia terima hari itu. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, namun khabar darinya masih lagi samar-samar. Semakin lama semakin aku berasa tidak senang duduk, lalu aku pu...